comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Rashford wira United tundukkan City

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford meraikan jaringan kemenangan ke atas Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. – FOTO: AFP

MANCHESTER: Marcus Rashford meledak gol kemenangan lewat permainan ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Manchester City 2-1 di Old Trafford sebentar tadi.

Kemenangan dalam pertemuan tetangga itu meletakkan United hanya satu mata di belakang juara bertahan itu, yang menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Tuan rumah mempunyai peluang membuka jaringan di babak pertama, namun percubaan Rashford dihalang Manuel Akanji ketika City bergelut mendapatkan rentak.

Di babak kedua, City tampil lebih kemas dan kemasukan Jack Grealish memberi impak segera apabila dia membuka jaringan pada minit ke-61, hasil umpanan Kevin De Bruyne.

Bagaimanapun United menyamakan kedudukan menerusi Bruno Fernandes pada minit ke-78, selepas mengutip bola Rashford yang sebelum itu berada di kedudukan ofsaid. Namun VAR membenarkan gol berkenaan.

Rashford kemudian muncul wira untuk United, meledak gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut, dan memberikan kemenangan kesembilan buat pasukannya. – REUTERS

Loading...
Terkini