
QUITO: Bekas jurulatih Qatar, Felix Sanchez dinamakan sebagai jurulatih baharu pasukan kebangsaan Ecuador.
Semasa majlis pengenalannya, beliau menjelaskan misi dan visinya dalam tugasan terkininya ialah memaksimumkan potensi dimiliki barisan pemain Amerika Selatan itu.
“Kami bersama-sama seiringan dengan matlamat terus berkembang, perlawanan demi perlawanan, meningkat dan membina harapan dikalangan rakyat Ecuador yang sentiasa mengikuti rapat pasukan ini. Asasnya sudah dibina, dan ia akan menjadi bantuan yang baik tetapi bermula dari sekarang, setiap pemain harus menunjukkan setiap hari yang mereka ingin berada di sini,” jelas Sanchez dalam sidang media di Quito.
Ironinya, Ecuador bertembung dengan jurulatih tersebut di perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 November lalu yang menyaksikan Qatar tewas 0-2 di Al Bayt, Stadium.
Ujian sulung Sanchez ialah perlawanan persahabatan antarabangsa yang telah diatur pada 24 Mac ini apabila mereka berkunjung ke Australia bertemu dua pasukan.
Ecuador juga dijadual beraksi di pusingan kelayakan Piala Dunia dijangka bermula September nanti selain saingan Copa Amerika di Amerika Syarikat pertengahan tahun depan.