comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: The Reds balas dendam ke atas Leeds United

FOTO: Reuters

LEEDS: Satu lagi keputusan besar dilakar Liverpool ketika aksi Liga Perdana Inggeris memasuki perlawanan ke-31.

The Reds yang bertandang ke Elland Road, menjadikan Leeds United sebagai mangsa mereka apabila merakam kemenangan 6-1 sekaligus menebus semula kekalahan 1-2 di tempat sendiri Oktober lalu.

Cody Gakpo meletakkan pelawat di hadapan 1-0 menerusi jaringan minit ke-35.

Mohamed Salah kemudian memastikan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi penyudah minit ke-39.

Kedudukan berubah 1-2 sebaik dua minit permainan bersambung selepas rehat dari gol menarik Luis Sinisterra.

Hasrat penyokong tuan rumah melihat kebangkitan terpadam apabila Diogo Jota kembali menjarakkan keadaan lima minit berselang.

Kelonggaran benteng pertahanan Leeds United menyebabkan mereka diancam bertubi-tubi.

FOTO: Reuters

Ia memaksa penjaga gol Illan Meslier bertungkus lumus di gawang menangkis cubaan.

Bagaimanapun Liverpool menyumbat tiga lagi gol, menyaksikan Salah dan Jota mencetak gol kedua peribadi masing-masing minit ke-64 dan 73.

Jaringan terakhir perlawanan dihasilkan oleh Darwin Nunez minit ke-90 membolehkan mereka mengumpul 47 mata di posisi kelapan menerusi 13 kemenangan dan lapan seri.

Anak buah Javi Garcia pula dibelenggu kekalahan ke-16 dan menduduki tangga ke-16 mengumpul 29 mata.

Loading...
Terkini