comscore
Tumpuan :
Sukan

Djokovic atasi Khachanov di suku akhir, lebar rekod tersendiri Grand Slam

FOTO: Reuters

PARIS: Pilihan ketiga, Novak Djokovic menewaskan Karen Khachanov dalam aksi sengit di fasa lapan terbaik Terbuka Perancis untuk menempah tempat separuh akhir ke-45 Grand Slam dalam kariernya.

Jaguh Serbia itu terlebih dahulu ketinggalan menerusi kekalahan 4-6 kepada Khachanov dari Rusia pada set pertama.

Beliau kemudian berjaya membuat kebangkitan dramatik selepas itu menerusi permainan tie break yang memihak kepadanya dengan catatan 7-6 (7-0).

FOTO: Reuters

Lawan bagaikan kehilangan rentak sekaligus membenarkan juara 2016 dan 2021 itu mudah menamatkan set ketiga 6-2 di Roland Garros.

Djokovic terus menghalang pilihan ke-11 kejohanan itu mengheret pertembungan ke set kelima, dengan merakam kemenangan 6-4.

Ia melebarkan rekod ke-45 penampilannya di peringkat separuh akhir empat saingan utama merangkumi Terbuka Australia, Wimbledon, Terbuka Perancis dan Amerika Syarikat sejak memulakan karier profesional pada 2003.

Loading...
Terkini