comscore
Tumpuan :
Sukan

Djokovic mudah mara suku akhir Terbuka Australia

Foto AP: Pemain Serbia, Novak Djokovic (kiri) memperkatakan sesuatu kepada pemain Australia, Alex de Minaur sejurus selepas berakhirnya perlawanan mereka pada pusingan keempat tenis Terbuka Australia di Melbourne, Australia, sebentar tadi.

MELBOURNE: Novak Djokovic menewaskan harapan tempatan, Alex de Minaur 6-2 6-1 6-2 untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia dengan mudah sekali gus meneruskan buruan gelaran ke-10 yang ketika ini dibayangi dengan kecederaan hamstring.

Djokovic memenangi set pertama dengan permulaan sempurna dan selepas mendahului 4-2, pilihan keeempat itu tidak menoleh ke belakang untuk terus menoktahkan kemenangan dengan keputusan 6-2.

Dengan dia tidak pernah tewas di Melbourne Park sejak pusingan keempat edisi 2018, pemain berusia 35 tahun itu tidak berhasrat untuk memberikan peluang kepada De Minaur mencipta kebangkitan dengan kemenangan pada set kedua.

Pemain Serbia itu mendahului 4-0 pada set ketiga sebelum menuju ke suku akhir dengan keputusan 6-2.

Djokovic bakal bertemu pilihan kelima kejohanan, Andrey Rublev dari Russia yang sebelum itu menundukkan pemain Denmark, Holger Rune dalam aksi lima set. – REUTERS

Loading...
Terkini