comscore
Tumpuan :
Sukan

ESPORTS : Team Lunatix kejutkan Homebois, penampilan Soloz tetap jadi tumpuan

Penampilan Soloz jadi tumpuan – FOTO: MPL Malaysia

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

BUKIT KIARA : Team Lunatix lakar kejutan terbesar pada saingan minggu ketiga Liga Professional Mobile Legend Bang Bang, MPL Malaysia musim ke-11 apabila mengejutkan pendahulu yang juga pilihan utama, Homebois menerusi kemenangan 2-1.

Ini merupakan kekalahan pertama Homebois selepas empat kemenangan berturut-turut sejak kempen musim ke 11 bermula.

Namun, tumpuan perlawanan hari ini tetap terarah kepada pasukan Homebois yang buat pertama kalinya menurunkan pemain legenda, Mohd Fariz Zakaria atau lebih dikenali dengan nama dalam permainan ‘Soloz’.

Team Lunatix cipta kejutan tundukkan Homebois FOTO: MPL Malaysia

Dan pastinya bukan saja dalam kalangan peminat merasakan keterujaan dengan penampilan semula Soloz, tetapi juga dalam kalangan pemain yang turut ingin beraksi dengan idola mereka.

Dengan kehadiran Soloz bersama skuad Homebois minggu ini, pastinya tugas berat menanti pasukan Lunatix yang baru mengalami kekalahan kepada pasukan Todak Jumaat lalu.

Dan seperti dijangka, Homebois yang pada mulanya agak tertekan berjaya bangkit sebelum memenangi perlawanan pertama yang berlarutan sehingga lebih 18 minit.

Kembali mengatur strategi, Lunatix bangkit dengan permainan lebih kemas pada perlawanan kedua, Jomari Pingol (Jowm) yang menggunakan hero ‘Melissa’ bergandingan dengan Abdul Azim Abdul Rashid (NovaXcobar) yang menggunakan hero ‘Franco’ nyata sukar untuk digugat, memaksa Homebois melepaskan kemenangan kepada Lunatix.

‘Game’ penentuan, persaingan sengit disajikan kedua-dua pasukan, namun tuah lebib memihak Team Lunatix yang melengkapkan kemenangan 2-1, menamatkan dominasi Homebois yang akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan sulung mereka musim ini.

“Kemenangan ke atas pasukan Homebois boleh memberikan lebih banyak sokongan kepada Team Lunatix, kami mampu mengalahkan pasukan pilihan utama dalam MPL Malaysia musim ke 11 ini,” kata Jowm selepas tamat perlawanan.

“Kekal bersama, kalah atau menang kami kekal bersama, saya berterima kasih kepada pasukan Homebois kerana peluang ini, kami menghormati anda, pertarungan yang cukup menarik,” kata jurulatih Team Lunatix, Paolo Villanueva.

Homebois bagaimanapun masih kekal di kedudukan teratas mengumpul 13 mata, namun berkemungkinan akan dipintas pasukan SMG sekiranya mereka memenangi perlawanan kelima mereka menentang pasukan RED Esports.

Loading...
Terkini