comscore
Tumpuan :
Sukan

Fernandes ledak gol tunggal Portugal dihari lahirnya

Pemain Portugal, Bruno Fernandes meraikan jaringan ketika aksi kelayakan Euro 2024 menentang Slovakia di Tehelne pole, Bratislava, Slovakia. – FOTO: REUTERS

BRATISLAVA, SLOVAKIA: Portugal mencapai kemenangan kali kelima berturut-turut selepas menewaskan Slovakia 1-0 dalam kempen kelayakan Euro 2024 di Bratislava.

Gol tunggal pasukan pelawat disumbang pemain tengah Manchester United Bruno Fernandes, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-29, pada minit ke-43.

Skuad kendalian Roberto Martinez belum dibolosi dalam saingan Kumpulan J, meledak 15 gol dan berada lima mata di depan lawannya itu yang berada di tangga kedua selepas tewas buat pertama kali.

“Kami sedar ia akan menjadi rumit tetapi kami berjaya merungkai permainan. Kami perlu mengawal bola lebih lama, lebih bersabar,” kata Fernandes.

Pemain berusia 19 tahun Benfica, Antonia Silva digandingkan dengan Ruben Dias untuk mengawal benteng berikutan kecederaan yang dialami pertahanan veteran, Pepe.

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo dilayangkan kad kuning ketika aksi Kumpulan J Kelayakan Euro 2024 menentang Slovakia di Tehelne pole, Bratislava, Slovakia. – FOTO: REUTERS

Cristiano Ronaldo, yang membuat penampilan ke-201 untuk Portugal pada usia 38 tahun, tidak berjaya menambah koleksi 850 gol sepanjang kariernya.

Ronaldo sebaliknya dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain Slovakia dan akan terlepas aksi seterusnya menentang Luxembourg pada Isnin. – AGENSI

Loading...
Terkini