comscore
Tumpuan :
Sukan

Haaland Vs Nunez

Foto: Berita Harian

MANCHESTER, England: Manchester City dan Liverpool menghabiskan wang yang banyak untuk mengubah bahagian serangan mereka pada penutup musim.

Erling Haaland dan Darwin Nunez dikatakan akan menjadi pencabar dalam senarai penjaring terbanyak, tetapi setakat ini ia tidak menjadi.

City mendapatkan Haaland dan Liverpool menambah Nunez yang mewakili perubahan buat kedua-dua pasukan, yang memberi fokus kepada barisan serangan sekitar penyerang tengah, ketika dua pencabar utama musim lalu itu mahu mencuba sesuatu yang berbeza.

Nunez lebih menyerlah dengan peningkatan dibuatnya di Benfica, Portugal, membuatkan Liverpool berbelanja 75 juta euro (RM345.16 juta) bagi membawa penyerang Uruguay itu.

Apa yang mereka dapat agak sederhana setakat ini, namun ia amat berbeza dengan fenomena baharu berlaku di City.

Mereka yang meragui mengatakan rekod hebat Haaland di Borussia Dortmund dekat Jerman tidak mudah diulangi tetapi penyerang Norway itu sudah mendiamkan kritikan menjelang kunjungan City ke Liverpool Ahad ini.

Haaland bermain 9 aksi Liga Perdana setakat ini tetapi sudah memegang rekod gol terbanyak (15) dan pembabitan dalam gol (gol serta bantuan untuk gol, 18) dalam 10 penampilan pertama.

Gol paling banyak dalam 10 perlawanan ialah 16 dibuat Luis Suarez bersama Liverpool antara Oktober-Disember 2013.

Permulaan Nunez dengan kehidupan di England turun naik memandangkan dia dibuang padang pada penampilan pertama Ogos lalu kerana menanduk lawan dan terpaksa berehat tiga perlawanan kerana penggantungan.

3 gol daripada 5 permulaan dalam semua kejohanan adalah catatan yang boleh dihormati, terutama buat pemain baharu di kelab baharu, di negara baharu.

Namun hanya Haaland, dan pasukan City terus meningkatkan aksi ke tahap terbaik.

2 gol Nunez hadir dalam dua perlawanan terakhir, berdepan Arsenal dan Rangers, menggambarkan dia sudah mencapai sesuatu seperti Haaland dapat lakukan.

Pertembungan Ahad ini akan menjadi sesuatu yang sempurna untuk menunjukkannya, pada hari yang sesuai, Nunez juga boleh menjaringkan gol berdepan lawan yang hebat.

Masalahnya, Haaland, yang direhatkan pada pertengahan minggu, akan melakukan perkara sama, dengan mana-mana pertahanan setakat ini tidak mampu menahannya. – REUTERS

Loading...
Terkini