comscore
Tumpuan :
Sukan

Hafizh Syahrin teruja naikkan nama JDT Racing Team

Hafizh Syahrin dalam pertemuan bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor baru-baru ini – Foto: Southern Tigers/ Facebook

KUALA LUMPUR: Peluang yang diberikan tidak akan dilepaskan oleh mana-mana atlet dan kesempatan ini akan digunakan  sebaik mungkin pelumba negara  Hafizh Syahrin untuk menunjukkan kebolehannya yang sebenar sekaligus menjulang nama JDT Racing Team.

“Saya amat bersyukur, teruja dan berterima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana memberi peluang kepada saya menjadi sebahagian daripada keluarga JDT.

“JDT telah terbukti, apabila membuat sesuatu mesti bersungguh-sungguh dan profesional. Jika dilihat kemampuan dari segi fasiliti, kemajuan dan sumber yang disediakan adalah sangat baik,” kata pelumba berusia 29 tahun itu yang ketika ini beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK)

“Saya harap saya dapat menunjukkan kebolehan saya yang sebenar dalam memastikan JDT Racing Team berjaya sebagai pasukan yang boleh menaikkan nama JDT dalam sukan permotoran.”Jika mana-mana atlet  diberi peluang dan berkhidmat untuk JDT, sudah pasti tidak akan lepaskan peluang ini. Oleh itu, saya amat menantikan kerjasama bersama JDT Racing Tam pada tahun 2024 dalam ARRC,” kata Hafizh dalam satu kenyataan media, hari ini.

Memetik  hantaran di Facebook Johor Southern Tigers baru-baru ini,  JDT Racing Team akan mula beraksi di ARRC pada 2024 selepas mewarnai  sukan lain seperti bola sepak, futsal, polo, tinju dan hoki ais.

“JDT Racing Team akan mula beraksi di ARRC dengan hasrat untuk bersaing dalam Kejuaraan Superbike Dunia,” menurut hantaran yang dimuatnaik Johor Southern Tigers itu.

Loading...
Terkini