comscore
Tumpuan :
Sukan

Hanya sebagai penonton – Messi

Foto: Reuters

LONDON: Legenda bolasepak Lionel Messi mendedahkan Piala Dunia di Qatar adalah penampilan terakhir buatnya di pentas itu selepas Argentina muncul juara pada edisi 2022.

Messi 35 tahun, menegaskan dia hanya akan menyertai Piala Dunia 2026 sebagai penonton dan tidak lagi sebagai pemain.

Apabila ditanya sekiranya dia sekali lagi akan membimbing negaranya pada pertandingan terbesar itu, Messi berkata ‘saya rasa tidak’.

Seakan terus mengesahkan bahawa dia tidak lagi akan beraksi pada edisi 2026 di Amerika Syarikat, dia menambah ‘2022 adalah Piala Dunia terakhir saya.

“Saya akan lihat dulu bagaimana semuanya berjalan tetapi secara prinsipnya, saya tidak akan terbabit dalam Piala Dunia seterusnya.

“Dalam perkembangan sama, penyerang itu turut menegaskan kejayaan menjulang Piala Dunia bersama Argentina adalah jauh lebih baik berbanding meraih pencapaian individu seperti Ballon d’Or.

“Adakah Ballon d’Or penting buat saya? Tidak, ia tak lagi penting untuk saya. Saya sentiasa katakan yang pencapaian individu tidak begitu penting kepada saya.

“Pencapaian secara kolektif adalah paling penting. Buat masa ini, kejayaan paling penting adalah Piala Dunia dan itu adalah pencapaian terhebat buat saya.”- AGENSI

Loading...
Terkini