comscore
Tumpuan :
Sukan

HOKI: Young Tigress terlepas tiket ke separuh akhir

Aksi skuad remaja negara ketika menentang Korea Selatan di Kakamigahara, Jepun. – Foto: Ihsan AHF

KAKAMIGAHARA: Harapan skuad Young Tigress untuk ke pentas separuh akhir Piala Asia Remaja (W) buat julung kalinya tidak kesampaian selepas tunduk 1-3 kepada Korea pada aksi terakhir kumpulan A.

Malaysia yang turun dengan misi mesti menang di Stadium Kawasaki Heavy Industries itu jelas masih belum dapat menyaingi pasukan juara empat kali itu yang nyata beraksi lebih konsisten.

Pada perlawanan itu, Korea Selatan memperoleh gol menerusi An Sujin pada minit keempat, Song Sungeun (m-38) dan Lee Yujin (m-48) manakala gol tunggal Young Tigress, dijaringkan Norshafiqha Ishak pada minit ke-38.

Aksi skuad remaja negara ketika menentang Korea Selatan di Kakamigahara, Jepun. – Foto: Ihsan AHF

Pasukan negara menamatkan peringkat kumpulan dengan berada di kedudukan ketiga dengan enam mata manakala India dan Korea Selatan mara ke peringkat separuh akhir selepas kedua-duanya mengumpul 10 mata.

Ia secara langsung menyaksikan skuad bimbingan Lailin Abu Hassan juga terpaksa melupakan tiga slot kelayakan ke Piala Dunia Remaja di Chile, hujung tahun ini dan akan beraksi untuk penentuan tempat kelima hingga kelapan, esok.

Aksi skuad remaja negara ketika menentang Korea Selatan di Kakamigahara, Jepun. – Foto: Ihsan AHF

“Esok kita akan menentang Hong Kong untuk memastikan pasukan layak ke penentuan kelima dan keenam. Oleh itu, perlu bersiap sedia dan pemain harus tidak mengambil mudah perlawanan menentang Hong Kong esok kerana mereka mempunyai kekuatan yang baik.

“Pemain perlu berhati-hati dengan serangan dilakukan Hong Kong. Apapun, saya pasti pemain akan memberikan usaha 100 peratus untuk dapatkan kemenangan,” kata Lailin mengulas mengenai perlawanan esok.

Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Lailin memuji barisan pemainnya yang menunjukkan mutu permainan diinginkan namun sedikit kelekaan di bahagian pertahanan menjadi punca pasukan lawan dapat membolosi gawang.

Aksi skuad remaja negara ketika menentang Korea Selatan di Kakamigahara, Jepun. – Foto: Ihsan AHF

“Mereka sudah menunjukkan kesungguhan tinggi walaupuan tewas dengan Korea Selatan 3-1. Mereka memberikan tentangan hebat ketika Korea Selatan melakukan serangan sejak daripada awal perlawanan dan kita dapat mengekang segala serangan.

“Ada sedikit kelekaan di bahagian pertahanan menyebabkan mereka dapat menjaringkan gol. Walau bagaimanapun, pemain sudah memberikan persembahan terbaik dan usaha tinggi dalam perlawanan ini. Harap ia dapat diteruskan untuk kita menentang Hong Kong di penentuan kelima hingga kelapan nanti,” katanya.

Loading...
Terkini