comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa Jepun: Amaran tsunami kecil di Korea

Orang ramai berpindah ke tempat yang lebih tinggi di tempat letak kereta sebuah sekolah menengah rendah selepas amaran tsunami yang dikeluarkan akibat gempa bumi di Wajima, wilayah Ishikawa, Jepun. – FOTO: Reuters

SEOUL: Paras laut di beberapa bahagian wilayah Gangwon di pantai timur meningkat selepas gempa bumi dengan magnitud awal 7.6 melanda utara tengah Jepun.

Agensi meteorologi Korea Selatan mengeluarkan nasihat supaya berhati-hati kerana ombak tsunami sehingga 0.3m boleh sampai ke pantai timur Korea Selatan antara jam 6:29 petang hingga 7:17 petang waktu tempatan.

Wilayah Gangwon memberitahu penduduk dalam mesej teks kecemasan supaya menjauhkan diri dari pantai dan berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Bandar Samcheok menasihatkan penduduk supaya berpindah ke kawasan yang lebih tinggi daripada bangunan tiga tingkat, kata Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

Sementara itu, sebahagian pantai barat pulau Sakhalin dan wilayah Primorsk dan tanah besar Khabarovsk di Russia yang terletak berhampiran Jepun turut berada di bawah ancaman tsunami.

Media Russia memetik pihak berkuasa di bandar pelabuhan wilayah Primorsk, Vladivostok sebagai berkata bahawa sesiapa yang belayar di perairan tempatan harus “segera kembali ke pantai”.

TASS memetik pihak berkuasa di wilayah Sakhalin dan Khabarovsk sebagai berkata, bahawa gelombang itu tidak akan mengancam nyawa.

Dalam pada itu, Kementerian Kecemasan Russia menafikan laporan awal bahawa pemindahan penduduk kawasan berisiko di Sakhalin sedang dijalankan. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini