comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad hoki dalam dewan negara benam Australia

FOTO: Malaysian Hockey Confederation / Facebook

IPOH: Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa membuka tirai hari ini menyaksikan skuad negara memulakan kempen dengan langkah kanan.

Pasukan lelaki yang dibimbing Mohd Hanip Che Halim itu menjadikan Australia sebagai mangsa pertama saingan liga sepusingan menerusi keputusan 8-2.

Pemain negara Danial Asyraf Abdul Ghani, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, Muhammad Firdaus Omar, Faridzul Afiq Mohd dan Mohd Shafiq Yaacob masing-masing mencatat nama sebagai penyumbang satu gol.

FOTO: Malaysian Hockey Confederation / Facebook

Muhamad Izham Azhar pula muncul ayam tambatan Malaysia dalam perlawanan sulung di Stadium Indera Mulia apabila meledak hatrik.

Australia meraih dua gol hasil jaringan Leong Jett dan Hall Ross.

Mereka dijadual beraksi dalam perlawanan kedua hari ini merebut Piala Sultan Nazrin Shah menentang Namibia pula jam 5.30 petang.

Kejohanan disertai enam negara sehingga Sabtu ini turut menampilkan Afrika Selatan, Hong Kong dan New Zealand.

Kategori wanita bagi Piala Tuanku Zara bermula esok juga ditandingi enam negara iaitu Malaysia, Afrika Selatan, Australia, Namibia, New Zealand dan Switzerland.

Loading...
Terkini