comscore
Tumpuan :
Sukan

Isu padang SNBJ: KBS selesai pascanilai kerosakan – Hannah

ALOR SETAR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selesai melakukan pascanilai berhubung keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), yang sebelum ini dilaporkan rosak termasuk ketika aksi final Piala Malaysia, 8 Disember lalu.

Menterinya Hannah Yeoh berkata Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) juga telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu, bagi mengelakkan situasi sama berulang pada masa akan datang.

“Post mortem telah selesai di peringkat KBS pada minggu lepas seperti yang kita janjikan, cuma laporan tersebut perlu dibentangkan untuk lembaga pengarah (PSM) dahulu.

“Sekarang sudah hujung tahun dan mesyuarat lembaga pengarah PSM akan dijadualkan awal Januari, untuk lembaga pengarah terima keputusan dan kita akan mengambil langkah penambahbaikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata laporan tersebut juga tidak akan didedahkan kepada umum, memandangkan ia melibatkan siasatan dalaman yang dilakukan KBS dan PSM, untuk mengelakkan isu sama berulang.

Isu padang SNBJ yang rosak sebelum ini menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, yang dikatakan berpunca selepas penganjuran konsert kumpulan terkemuka, Coldplay di venue tersebut pada 22 November lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini