comscore
Tumpuan :
Sukan

Isu perkauman rencat aksi persahabatan New Zealand dan Qatar

Insiden yang membabitkan Michael Boxall. -FOTO: Photosport

RITIZING: Skuad kebangsaan New Zealand memilih untuk meninggalkan aksi persahabatan menentang Qatar selepas berlaku insiden berkaitan isu perkauman.

Ia selepas tuduhan berkaitan perkauman yang dibuat New Zealand ke atas pemainnya, Michael Boxall oleh pemain Qatar.

Insiden berkenaan berlaku hanya 5 minit sebelum aksi separuh masa pertama berakhir menyaksikan beberapa pemain All White meluru ke arah pemain Qatar berjersi 11, Yusuf Abdurasig, dikatakan dia membangkitkan isu perkauman ke atas Boxall yang berketurunan Samoa.

“Michael Boxall telah dilemparkan dengan kata-kata berkaitan perkauman pada aksi babak pertama perlawanan oleh pemain Qatar, tiada tindakan rasmi diambil, jadi pasukan telah bersetuju untuk tidak meneruskan aksi separuh masa kedua perlawanan,” menurut kenyataan yang dibuat Persatuan Bola Sepak New Zealand.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Qatar turut memuat naik ciapan berkenaan perkara ini di laman sosial ‘twitter’nya.

“New Zealand telah menarik diri daripada aksi persahabatan menentang pasukan kebangsaan Qatar yang diadakan hari ini, 19 Jun 2023, sebagai salah satu perlawanan persiapan pasukan menuju ke kempen Piala Emas,” menurut ciapan berkenaan.

Pada perlawanan yang berlangsung di venue neutral di Ritizing, Austria itu, New Zealand berjaya memecah kebuntuan pada minit ke 17 menerusi jaringan Marko Stamenic.

Dan insiden yang dikaitkan dengan Boxall berlaku pada minit ke 40, sebelum pasukan New Zealand memilih untuk meninggalkan perlawanan selepas babak pertama berakhir.

Loading...
Terkini