comscore
Tumpuan :
Sukan

Izzuddin – Sze Fei tampil tentangan sengit sebelum akur selaku naib juara Asia

Izzuddin-Sze Fei beri tentangan sengit sebelum tewas kepada gandingan tuan rumah Liang Wei Keng-Wang Chang 17-21,21-15,10-21 pada aksi final Kejohanan Badminton Asia di Ningbo China sebentar tadi. – FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Penampilan terpuji diperagakan beregu lelaki negara Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei sebelum akur kepada pasangan tuan rumah Liang Wei Keng-Wang Chang yang juga gandingan nombor tiga dunia pada final Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China sebentar tadi.

Kesungguhan Izzuddin-Sze Fei untuk memberi tentangan sengit kepada lawan pada pertemuan kali kedua ini, terbukti sedari set pertama sebelum tewas 17-21,

Tidak mudah menyerah kalah, pasangan negara yang berada di ranking ke-19 dunia itu, menampilkan permainan lebih kemas pada set kedua dan berjaya mengheret permainan ke set penentuan menerusi kemenangan 21-15.

Namun sokongan padu penyokong sendiri nyata memberi kelebihan kepada Wei Kang-Wang Chang sebaik bemulanya set penentuan.

Selepas pertarungan berlarutan 1 jam 4 minit, Izzuddin – Sze Fei terpaksa mengalah, tewas 10-21 pada set penentuan.

Pada pertemuan sulung di pusingan pertama  Terbuka Malaysia 2023, Izzuddin-Sze Fei juga tewas perlawanan tiga set.

Apapun sekalung tahniah buat Izzuddin-Sze Fei yang menampilkan persembahan cemerlang sepanjang saingan di Ningbo, antaranya menundukkan juara dunia dari Korea Selatan,  Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae (pusingan pertama) dan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin pada suku akhir.

Izzuddin-Sze Fei juga memastikan Malaysia mempunyai wakil di pentas final beregu lelaki sebanyak tiga kali berturut-turut selepas Aaron-Wooi Yik pada 2022 diikuti gandingan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin pada 2023.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara beregu lelaki di BAC adalah menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada edisi 2007.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini