comscore
Tumpuan :
Sukan

Indonesia, Korea Selatan halang dominasi China di Ningbo

Jonatan Christie mengalahkan Li Shi Feng 21-15,21-16  untuk menjuarai perseorangan lelaki BAC 2024. – Foto fail BWF

PETALING JAYA: Hasrat China menyapu bersih kesemua gelaran pada Kejohanan Badminton Asia (BAC), di hadapan penyokong sendiri nampaknya tidak kesampaian.

Berakhirnya saingan di Ningbo, China sebentar tadi, tuan rumah terlepas dua gelaran iaitu perseorangan lelaki dan beregu wanita.

Bermula dengan gelaran pertama menerusi Wang Zhi Yi yang mengejutkan rakan senegara Chen Yu Fei 21-19, 21-7 pada aksi perseorangan wanita, tuan rumah terus ceria meraih gelaran kedua.

Ia menerusi beregu lelaki Liang Wei Keng-Wang Chang yang mengalahkan pasangan negara  Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei 21-17, 15-21,21-10.

Bagaimanapun gandingan wanita Zhang Shu Xian-Zheng Yu gagal meneruskan momentum penguasaan China apabila tumpas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 21-23,12-21.

Beregu wanita Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee  menepati ramalan mengalahkan gandingan tuan rumah Zhang Shu Xian-Zheng Yu 23-21,21-15 untuk muncul juara BAC 2024. – Foto fail BWF

Li Shi Feng juga tidak berjaya menghadiahkan gelaran ketiga China apabila mudah dijinakkan pemain Indonesia Jonatan Christie 15-21,16-21 pada aksi final perseorangan lelaki.

Namun beregu campuran tuan rumah Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping kembali menceriakan penyokong mereka di Ningbo Olympic Sports Center Gymnasium apabila menewaskan lawan dari Korea Selatan.

Berdepan Seo Seung Jae- Chae Yoo Jung, mereka bangkit daripada kekalahan 13-21 pada set pertama untuk menang dua set berikutnya 21-15,21-14.

BAC 2024 di China memasukki edisi ke-41 dan menawarkan wang tunai keseluruhan USD 450,000

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini