comscore
Tumpuan :
Sukan

JDT berjaya lunas dendam di Iskandar Puteri

FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS/ Facebook

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim, JDT cemerlang menundukkan,  Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia, sebentar tadi.

Menguasai saingan  dengan melakukan asakan sebaik bermulanya permainan, JDT berjaya membolosi juara Liga Korea itu menerusi jaringan penyerang Brazil,  Heberty Fernandes seminit sebelum babak pertama berakhir.

Selepas rehat perlawanan tambah rancak  menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS/ Facebook

 

Bagaimanapun tuah berpihak kepada pelawat apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 hasil jaringan Ataru Esaka.

Tidak berputus asa, JDT yang mendapat sokongan padu penyokong sendiri kembali mengatur gerak melancarkan serangan balas.

Kegigihan mereka akhirnya berhasil apabila pemain gantian, sayap lincah kebangssaan,  Akhyar Rashid menjaringkan gol kedua  JDT, tiga minit sebelum perlawanan sebenar tamat.

Lima minit masa tambahan menyaksikan Ulsan melancarkan serangan bertali arus memburu gol penyamaan, namun penjaga gol Syihan Hazmi dibantu barisan pertahanan kental menggagalkan usaha pelawat.

FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS/ Facebook

Kemenangan 2-1 menyaksikan JDT mengumpul  enam mata menyamai kutipan mata Ulsan, tetapi kekal di tangga ketiga selepas perbezaan gol bolos.

Apapun kemenangan yang pastinya  cukup manis buat JDT berjaya menebus kehampaan tewas  1-3 di arena lawan pada 24 Oktober.

Pada satu lagi perlawanan Kumpulan I, Kawasaki Frontale mengukuhkan kedudukan di tangga teratas selepas menundukkan kelab Thailand, PG Phatum United 4-2.

Loading...
Terkini