comscore
Tumpuan :
Sukan

JDT kalahkan Negeri Sembilan 3-1

Pemain JDT, Bergson Da Silva (kiri) meraikan jaringan bagi membantu JDT menundukkan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, Iskandar Puteri hari ini. – FOTO: NSTP

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat kemenangan kedua daripada dua perlawanan apabila menundukkan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah di sini sebentar tadi.

Gol-gol JDT dijaringkan oleh Bergson da Silva pada minit ke-12 dan 17 serta Jordi Amat minit ke-71.

Manakala gol tunggal Negeri Sembilan dijaringkan pemain import dari Myanmar, Hein Htet Aung pada minit ke-28.

Malam ini dua lagi perlawanan Liga Super dijadualkan membabitkan pertemuan di antara Selangor berdepan Kedah Darul Aman dan Perak menentang PDRM.

JDT diberikan kemenangan “walk-over” dengan jaringan 3-0 bagi perlawanan merebut Piala Sumbangsih selepas Selangor tidak hadir bagi perlawanan itu yang turut diletakkan sebagai perlawanan pertama Liga Super bagi kedua-dua pasukan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini