comscore
Tumpuan :
Sukan

JDT menang besar aksi persahabatan antarabangsa

Perlawanan kedua JDT menentang Lion City Sailors (LCS) di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi

ISKANDAR PUTERI: Juara 10 kali Liga Super, Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan kemenangan keempat berturut-turut pada aksi persahabatan pramusim 2024/25.

Selepas menjadikan Kelab Chonbury FC dan Police Tero dari Thailand sebagai mangsa, semalam Kelab dari Singapura, Lion City Sailors (LCS) turut dibaham 4-0 oleh pasukan Harimau Selatan itu.

LCS hadir ke Stadium Sultan Ibrahim dengan misi besar membalas kekalahan di laman sendiri 1-2 pada perlawanan pertama di Stadium Bishan, Singapura minggu lalu.

Perlawanan kedua JDT menentang Lion City Sailors (LCS) di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi

Mereka terlebih dahulu membolosi gawang JDT pada minit ke-25 menerusi Toni Datkovic, namun jaringan berkenaan dibatalkan kerana ofsaid.

Penyerang tambatan JDT, Fernando Forestieri menjaringkan gol pertama tuan rumah apabila menyempurnakan hantaran daripada sepakan bebas untuk menewaskan Izwan Mahbud.

Sebelum tamat masa pertama, Juan Muniz merembat kencang ke gawang gol LCS untuk meletakkan JDT 2-0 dihadapan.

Gol ketiga JDT disumbang Heberty Fernandez sebaik babak kedua bersambung.

Heberty meraikan jaringan beliau untuk gol ketiga JDT

Manakala gol keempat hadir menerusi ledakan cantik Muniz pada minit ke-69.

LCS kelihatan bergelut untuk mempamerkan persembahan sebenar dengan barisan pertahanan JDT yang dikemudi Jordi Amat dengan cukup bersidiplin.

JDT akan dijangka meneruskan sesi latihan pramusim di bumi Sepanyol minggu depan.

Loading...
Terkini