comscore
Tumpuan :
Sukan

Johor Darul Ta’zim perkasa sukan permotoran

Foto: Johor Southern Tigers / Facebook

JOHOR BAHRU: Selepas mencipta aura tersendiri dalam kancah bola sepak tanah air,  Johor Darul Ta’zim (JDT) membuka satu lagi episod baharu sukan negara apabila menceburi sukan permotoran.

Menerusi satu perkongsian di laman rasmi Twitter kelab, @OfficialJohor, JDT akan menceburkan diri dalam sukan pemotoran dengan mewujudkan JDT Racing Team.

“Jenama Johor Darul Takzim (JDT) akan menceburi sukan perlumbaan motosikal bersama pelumba terkenal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah bermula 2024.

JDT Racing Team akan bermula di pertandingan Asia Road Racing Championship (ARRC) dengan hasrat untuk bersaing dalam pertandingan Superbike World Championship,” menurut hantaran itu.

Nama Hafizh Syahrin tidak asing lagi dalam dunia pemotoran apabila pernah membuat kemunculan dalam perlumbaan di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada tahun 2018 dan 2019 bersama jentera Yamaha serta KTM.

Jenama JDT telah pun menceburi bidang futsal, polo, tinju dan hoki ais, dan usaha terbaharu ini disasarkan akan mengembangkan lagi jenama JDT kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa,” tulis kenyataan itu

Loading...
Terkini