PETALING JAYA: Cabaran perseorangan negara pada Kejohanan Masters Sepanyol berakhir selepas Leong Jun Hao tewas di suku akhir di Madrid sebentar tadi.
Selepas mengejutkan pilihan ke-6 dari Taiwan Lin Chun Yi pada pusingan kedua semalam, Jun Hao nyata sukar menandingi rakan senegara Chun Yi, Chou Tien Chen, yang tampil selaku pilihan ke-3 kejohanan.
Jun Hao tewas 16-21,12-21 pada perlawanan yang cuma memakan masa 33 minit itu.
Separuh akhir akhir esok Tien Chen berdepan Tomo Junior Popov pilihan ke-8 dari Perancis yang mudah mengenepikan pemain Thailand Kantaphon Wangcharoen 21-14,21-13.
Cabaran tunggal Malaysia di Madrid kini diteruskan beregu lelaki Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King.
Pada suku akhir malam ini mereka menentang pilihan kelapan dari India, Arjun Madathil Ramachandran-Dhruv Kapila.