comscore
Tumpuan :
Sukan

Legenda Tenis, Federer Umum Bersara

GENEVA : Legenda tenis Switzerland, Roger Federer akan bersara sebaik beraksi di Piala Laver minggu depan selepas mengakui masalah lutut memaksannya untuk menamatkan kariernya yang cukup bersejarah.

“Piala Laver minggu depan di London akan menjadi penampilan ATP terakhir saya,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Pemenang 20 gelaran Grand Slam berusia 41 tahun itu tidak beraksi sejak tewas di suku akhir dekat Wimbledon pada 2021, selepas dia menjalani pembedahan lutut ketiganya dalam tempoh 18 bulan.

“Perjalanan karier saya selama 24 tahun adalah sangat luar biasa. Walaupun kadangkala seperti berlaku selama 24 jam, ia sangat menakjubkan dan saya seolah-olah hidup seumur hidup,” katanya.

Federer bergelut dengan masalah lutut sejak tiga tahun lalu yang mengehadkannya beraksi hanya tiga daripada 11 Grand Slam yang berlangsung sejak awal 2020.

Federer berkata badannya sudah memberi isyarat sudah tiba masa untuk menamatkan kariernya.

“Saya sudah bekerja keras untuk kembali kompetitif. Tetapi saya juga sedar kemampuan badan saya dan isyarat itu sudah diberikan sejak kebelakangan ini,” katanya. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini