comscore
Tumpuan :
Sukan

Terbuka Australia: Sinner ditabal juara, kemarau Medvedev berpanjangan

FOTO: Reuters

MELBOURNE: Gelaran juara tenis perseorangan lelaki Terbuka Australia menjadi milik Jannik Sinner apabila menumpaskan Daniil Medvedev di perlawanan akhir.

Kejayaan pemain berusia 22 tahun itu menjadikannya sebagai wakil pertama Itali muncul juara menerusi pertarungan selama tiga jam 44 minit.

Pertarungan di Lod Laver Arena itu menyaksikan Medvedev beraksi di penentuan juara ketiga sejak 2021 dengan Sinner membuat penampilan sulung di saingan berstatus ‘Grand Slam’.

FOTO: Reuters

Medvedev di landasan baik untuk muncul pemenang buat kali pertama apabila mendahului 2-0 hasil catatan 6-3 dan 6-3.

Momentumnya disekat Sinner pada permainan ketiga selepas mencatat 6-4.

Ia mencetuskan kebangkitannya untuk kembali memberi saingan sehinggalah merakam 6-4 dan 6-3 pada dua set terakhir.

Sinner menikmati detik terbaik dalam kariernya menjulang trofi juara, lebih-lebih lagi menamatkan dominasi Novak Djokovic yang mengumpul sebanyak 10 gelaran di separuh akhir Jumaat lalu.

Loading...
Terkini