comscore
Tumpuan :
Sukan

Letshanaa gagal lepasi pusingan kelayakan Badminton Terbuka Arctic

PETALING JAYA: Hasrat perseorangan wanita negara, K Letshanaa untuk mara ke undian utama Badminton Terbuka Arctic tidak kesampaian apabila tewas pada pusingan kelayakan.

Berlangsung di Vantaan Energia Arena,  Letshanaa, yang mendudukki ranking ke-66 dunia,  bermula baik pada pusingan pertama kelayakan apabila mudah menewaskan pemain Switzerland, Jenjira Stadelmann yang berada di ranking ke-70 dunia, 21-13 21-11.

Begitupun lawan sebenar Letshanaa menanti pada pusingan  kelayakan kedua menentang pemain Thailand, Lanlirat Chaiwan, pemain ranking ke-55 dunia.

Tewas set pertama 18-21, Letshanaa menampilkan kebangkitan menang 21-19 pada set kedua.

Set penentuan  terus mendebarkan menyaksikan aksi menarik dan pantas  kedua-dua pemain.

Bagaimanapun selepas pertarungan yang berlarutan satu jam dan satu minit itu,  Letshanaa akur tewas 17-21.

Loading...
Terkini