comscore
Tumpuan :
Sukan

Liverpool gagal teruskan kemaraan

Pemain Brighton, Kaoru Mitoma meraikan jaringan kemenangan ketika menentang Liverpool pada aksi pusingan keempat Piala FA. – FOTO: REUTERS

LONDON: Juara bertahan Piala FA, Liverpool tersingkir daripada saingan itu musim ini apabila tewas 1-2 kepada Brighton & Hove Albion pada aksi pusingan keempat di Stadium Amex, semalam.

Kekalahan memalukan itu menyaksikan The Reds yang juga juara lapan kali Piala FA terus berdepan detik malang musim ini apabila sekadar menghuni kedudukan kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 19 perlawanan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp yang berdepan prestasi tidak menentu sepanjang musim ini berada di depan selepas setengah jam permainan menerusi pemain muda, Harvey Elliott yang menyudahkan umpanan Mohamed Salah.

Kedudukan itu bagaimanapun bertahan sembilan minit apabila Lewis Dunk menyempurnakan hantaran Tariq Lamptey untuk menyamakan kedudukan.

Kaoru Mitoma menyingkirkan Liverpool daripada saingan Piala FA apabila meledak gol kemenangan Brighton pada masa kecederaan.- BERITA HARIAN

Loading...
Terkini