comscore
Tumpuan :
Sukan

Malaysia tewas aksi pembukaan Piala Sultan Azlan Shah 2022

FOTO: Twitter HOKITA

Oleh Hazreen Mubarak

IPOH: Harapan skuad hoki kebangsaan untuk mencatat kemenangan sulung pada saingan Piala Sultan Azlan Shah tidak kesampaian apabila tewas di tangan Korea Selatan, malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak itu, anak buah Arul Selvaraj terpaksa akur dengan kekalahan 0-3.
Pemain berpengalaman, Jang Jonghyun meledak dua gol dalam perlawanan berkenaan dengan membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti, minit ke-10.

Kim Hyeonhong meletakkan Korea semakin selesa di depan selepas turut menyudahkan pukulan sudut penalti yang diperoleh pada minit ke-30 sekali gus menambah gol kedua buat pasukan itu.

Berselang tiga minit kemudian, Korea semakin mengganas apabila menambah gol ketiga, kali ini menerusi pukulan sudut penalti Jonghyun sekaligus memastikan tiga mata buat pasukan itu.

Skuad negara akan meneruskan aksi menentang Pakistan untuk perlawanan kedua, malam ini.

Loading...
Terkini