comscore
Tumpuan :
Sukan

Man City setuju lepaskan Riyad Mahrez

Pemain Manchester City, Riyad Mahrez dikatakan sudah bersetuju untuk menyertai Al Ahli dengan bayaran perpindahan RM178.1 juta.

MANCHESTER: Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City bersetuju untuk melepaskan pemain sayapnya, Riyad Mahrez kepada kelab Liga Pro Saudi, Al Ahli.

Menurut sumber, persetujuan itu membabitkan bayaran yuran perpindahan sebanyak £30 million (RM178.1 juta).

Keadaan itu semakin ketara apabila Mahrez turut dibenarkan untuk tidak menyertai City dalam jelajah ke Jepun dan Korea Selatan bagi persiapan pra-musim.

Beberapa laporan sebelum ini turut menyebut bahawa Mahrez sudah pun memaklumkan kepada pengendali City, Pep Guardiola yang dia mahu meninggalkan Etihad pada musim panas ini.

Mahrez 32 tahun hanya mempunyai baki dua tahun dalam kontrak bersama City.

Sepanjang lima musim bersama kelab itu, Mahrez membantu City menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA musim lalu.

Nama-nama besar lain yang sudah pun ke Liga Pro Saud termasuk Karim Benzema, N’Golo Kante dan Ruben Neves.

Loading...
Terkini