comscore
Tumpuan :
Sukan

Messi tak kasi anak guna telefon bimbit

Messi bersama keluarganya ketika kunjungan ke Riyadh, Arab Saudi pada 2023. – FOTO: Reuters

LONDON: Lionel Messi, pemenang lapan kali Ballon d’Or itu tidak dinafikan antara pemain terhebat sepanjang zaman tetapi tidak ramai mengetahui kisah kehidupannya di luar padang.

Terbaharu yang dikongsi, Messi mendedahkan anak-anaknya perlu mematuhi peraturan ketat berkaitan penggunaan telefon bimbit.

Bintang Argentina itu sangat melindungi privasi keluarganya walaupun ada kalanya dari semasa ke semasa memberikan perkembangan terkini kehidupannya untuk pengetahuan peminat.

Bekas pemain Barcelona itu mengakui dia melarang tiga anaknya daripada memiliki telefon bimbit.

Messi dan isterinya Antonela membuat keputusan itu bagi mengelakkan anak-anak mereka Thiago, Mateo dan Ciro terlalu asyik dengan gajet itu.

“Saya bukan orangnya yang menggunakan emoji di WhatsApp.

“Tiada seorang pun anak saya memilik telefon bimbit. Saya kurang menghantar audio, saya lebih menggunakan mesej,” kata Messi.

Dalam satu temu ramahnya pada September lalu, bintang Inter Miami itu turut menceritakan mengenai keluarganya yang menyesuaikan diri dengan kehidupan di Florida.

Messi menegaskan sesiapa masuk ke rumah perlu menanggalkan kasut serta merta dan dia juga mengemaskan meja untuk sarapan sebelum tidur.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini