comscore
Tumpuan :
Sukan

‘Messi Turki’ milik Real

Arda Guler – FOTO Agensi

MADRID: Real Madrid menandatangani pemain tengah berusia 18 tahun, Arda Guler dari Fenerbahce yang bakatnya disamakan dengan Lionel Messi.

Pemain tengah Turki itu yang mempunyai klausa pelepasan €17.5 juta (RM88.8 juta) sudah menandatangani kontrak selama enam tahun di Bernabeu dan akan diperkenalkan kepada kelab, hari ini.

ESPN melaporkan awal minggu ini bahawa Barcelona cuba mengatasi Real dalam usaha mendapatkan Guler dan sudah menghantar pengarah sukan, Deco ke Istanbul untuk melakukan rundingan.

Tindakan Barcelona itu menyebabkan Real meningkatkan tawaran mereka kerana benar-benar mahu mendapatkan pemain terbabit.

Guler membuat 35 penampilan untuk Fenerbahce musim lalu dengan menjaringkan enam gol dan menjadi arkitek kepada tujuh jaringan.

Sumber yang rapat memberitahu ESPN bahawa Real sudah mengintai Guler sejak musim 2021-22, dengan ketua pencari bakat kelab itu, Juni Calafat memainkan peranan penting bagi merealisasikan perjanjian tersebut.

Bos Real, Carlo Ancelotti merancang untuk Guler menyertai aksi pramusim bersama pasukan baharunya tetapi sumber tidak menolak kemungkinan Guler akan dipinjamkan ke kelab lain untuk memastikannya memperoleh minit permainan mencukupi. – AGENSI

Loading...
Terkini