comscore
Tumpuan :
Sukan

Metkel Eyob sambar podium ketiga

Metkel menamatkan perlumbaa peringkat ketiga Jelajah Sharjah di kedudukan ketiga. – FOTO: TSG

DUBAI: Pasukan Terengganu Polygon Cycling (TSG) mencipta sensasi pada perlumbaan peringkat ketiga Jelajah Sharjah laluan Dibba Al-hisn ke Wadi al-Helo semalam.

Ia selepas pelumba pasukan itu, Metkel Eyob bukan sahaja berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, malah turut berjaya mengekalkan jersi merah selaku Raja Bukit menerusi Aiman Cahyadi.

“Perlumbaan yang baik hari ini tapi ada sedikit naik dan turun. Pasukan beraksi dengan baik dan pelumba menjalankan tugas dengan bagus apabila mengekalkan jersi merah.

“Untuk perlumbaan esok (hari ini) kami akan cuba bagi terbaik untuk berada di atas podium sekali lagi,” kata Metkel.

Sebelum ini pada peringkat kedua Jelajah Sharjah, Metkel hanya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-59.

Pemenang peringkat ketiga semalam, dimenangi pelumba Kazakhstan, Rudolf Remkhi dari pasukan Almaty Astana Motor manakala perak dimenangi pelumba Maghribi, Mohcine El Kouraji yang mewakili pasukan Al Shafar Jumeirah Cycling Team.

Perlumbaan peringkat keempat Jelajah Al Sharjah akan bersambung semula hari ini dengan melibatkan laluan Kalba Waterfront ke Al Suhub sejauh 110.2km. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini