comscore
Tumpuan :
Sukan

Muay Thai: Muslim Ahmad menang, tumbangkan lawan hingga “TKO”

Oleh: Kumaran Rajamoney

PADANG SERAI: Bekas pemain skuad bola sepak kebangsaan, Muslim Ahmad mencipta kemenangan pertama dalam perlawanan Muay Thai, apabila menumbangkan lawannya dari Perlis, Atingpek menerusi technical knock-out (TKO).

Bekas benteng pertahanan Sri Pahang berusia 34 tahun itu memperoleh kemenangan itu pada pertandingan Muay Thai T Fight 2.0 pada Sabtu, di sini.

Dilihat mencari rentak dalam pusingan pertama, Muslim menamatkan cabaran dalam pusingan kedua.

“Dalam gelanggang saya panik sedikit pada pusingan pertama. Saya cuba kosongkan minda untuk membolehkan saya berhadapan lawan dalam pusingan kedua. Saya telitii pergerakan lawan dalam pusingan kedua, dan saya lakukan serangan.”

Muslim mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalani latihan intensif.

“Walaupun aksi tidak berapa baik, tapi Alhamdulillah dapat peroleh kemenangan. Perancangan ke depan dalam sukan Muay Thai ini saya kurang pasti,” katanya.

Untuk rekod, Muslim merupakan bekas pemain skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal yang merangkul Piala AFF Suzuki 2010 dan pingat emas Sukan SEA Jakarta-Palembang 2011.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini