comscore
Tumpuan :
Sukan

Nova sasar layak sekurang-kurangnya satu wakil negara ke Olimpik Paris 2024

Foto Nova Widianto

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad kamil

SEPANG: Selepas pengumuman rasmi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai pelantikan Nova Widianto sebagai jurulatih kem beregu campuran negara, semalam.

Bekas juara dunia dua kali dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 itu tiba di Kuala Lumpur tengah hari tadi…

Dan menjadi tumpuan, Nova buat pertama kalinya berhijrah ke luar Indonesia bagi menyahut cabaran BAM selepas 11 tahun berkhidmat bersama Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI).

Nova 45 tahun, menjelaskan, kepercayaan terhadap Timbalan Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky yang telah mengadakan perbincangan sebaik tamat Kejohanan Badminton Dunia BWF Ogos lalu, membuatkannya menerima tawaran BAM untuk mengikat kontrak selama dua tahun, sekaligus mengisi slot yang ditinggalkan jurulatih sebelum ini, Paulus Firman pada Mei lalu.

“Tertarik satu, mungkin ada coach rexy ya, saya sudah pernah kerjasama dengan dia dan saya tau lah rexy bagaimana, dan saya juga lihat, Malaysia kan juga banyak calon yang baguslah.”

“Bagaimana saya juga tidak fikir panjang, saya langsung bilang okay la.”

Nova juga mengakui cabaran besar menantinya untuk bersama barisan gandingan baharu kebangsaan, namun optimis sekurang-kurangnya satu wakil negara akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Disamping mempersiapkan kem beregu campuran negara menghadapi dua tugasan antarabangsa tahun depan iaitu Kejuaraan All England pada 14 hingga 19 Mac dan Sukan Sea Kemboja 5 hingga 17 Mei nanti.

Dalam pada itu, Nova turut menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau tidak berpuas hati dengan PBSI menjadi punca meninggalkan Indonesia.

“Merajuk sih tidak, yang mungkin choice yea, ada choice, yang ini bisa begini, dan coach Rexy ada tawar begitu saya tawar, bukan merajuk lah.”

Nova bakal memulakan tugasnya secara rasmi pada 1 Januari 2023.

Loading...
Terkini