comscore
Tumpuan :
Sukan

Nur Dhabitah terima nasib sama seperti Pandelela 

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Kem terjun negara terus dilanda kekecewaan selepas seorang lagi penerjun harapan Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Nur Dhabitah gagal melangkah ke pentas final acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, hari ini selepas sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-24 dengan mengumpul 238.15 mata secara keseluruhan.

Beliau ketinggalan 7.95 mata di belakang penerjun Sepanyol Maria Papworth Burrel yang berada di kedudukan ke-18 dengan mengumpul 246.10 mata.

Hanya 18 penerjun terbaik akan beraksi pada saingan separuh akhir diikuti 12 terbaik di final pada hari sama esok.

Mengiringi kegagalan tersebut, rakan senegara Wendy Ng Yan Yee yang menamatkan saingan kelayakan di kedudukan ke-36 dengan mengumpul 216.00 mata secara keseluruhan.

Selasa lepas, Nur Dhabitah dan gandingannya Datuk Pandelela Rinong terlepas tiket untuk ke Sukan Olimpik 2024 apabila hanya menamatkan saingan acara 10m platform seirama di kedudukan ke-12.

Beliau yang kemudian bergandingan dengan Wendy turut terlepas slot ke temasya paling berprestij di dunia itu apabila hanya menduduki tempat kesembilan dalam saingan 3m papan anjal seirama wanita.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini