comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Pandelela, Dhabitah digugurkan daripada Program RTG

 

KUALA LUMPUR: Nasib dua penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri akhirnya terjawab apabila mereka digugurkan daripada Program Road To Gold (RTG).

Ini susulan prestasi mereka yang kurang memberangsangkan di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha sekali gus gagal menempah slot ke Olimpik Paris 2024.

Penyelaras Jawatankuasa Program RTG, Datuk Stuart Ramalingam mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media, petang tadi.

Bagaimanapun Stuart berkata Pandelela dan Nur Dhabitah akan terus menjadi sebahagian daripada Program Podium sebagai atlet elit negara.

“Jawatankuasa RTG akan terus memantau kemajuan mereka dan Program Podium akan bekerjasama rapat dengan atlet dan persatuan untuk memastikan Pandelela dan Nur Dhabitah menerima semua sokongan bagi membolehkan mereka menemui semula rentak,” katanya.

Dengan penyingkiran kedua-dua penerjun negara, segala peralatan latihan dibiayai RTG seperti platform latihan gim kering baharu, pusat pemulihan khusus dan papan anjal baharu akan menjadi pelaburan jangka panjang bagi memberi manfaat kepada penerjun kebangsaan selepas ini, katanya.

Selain itu, Stuart turut mengumumkan penerjun lelaki, Bertrand Rhodict Lises yang menjadi wakil tunggal negara dalam sukan itu layak beraksi di Paris disenaraikan dalam Program RTG bagi membantunya melakukan persiapan menghadapi temasya terbesar itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini