comscore
Tumpuan :
Sukan

Oblak pastikan kemaraan Atletico, selamatkan dua sepakan penalti

Penjaga gol Atletico Jan Oblak muncul wira bantu pasukannya atasi Inter 3-2 menerusi sepakan penalti. – FOTO: Reuters

MADRID: Penjaga gol Atletico Madrid Jan Oblak, menyelamatkan dua sepakan penalti Inter Milan membolehkan pasukannya menang 3-2 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.

Atletico sebelum itu bangkit daripada ketinggalan dua gol secara agregat untuk seri 2-2.

Tewas 0-1 pada aksi pertama di Milan bulan lalu, Atletico tambah cemas apabila Federico Dimarco menjaringkan gol pembukaan Inter pada perlawanan di Estadio Metropolitano, sekali gus menjadikan kedudukan 2-0 secara agregat.

Bagaimanapun, Antoine Griezmann menghidupkan peluang tuan rumah pada minit ke-35 dan tiga minit sebelum perlawanan berakhir, pemain gantian, Memphis Depay menjadikan kedudukan 2-2 dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Penentuan sepakan penalti cukup mendebarkan sebelum Inter gagal menyempurnakan tiga daripada lima peluang termasuk sepakan melambung tinggi dilakukan penyerang sensasi, Lautaro Martinez.

“Saya fikir, sepakan penalti ibarat loteri. Hari ini, saya bernasib baik kerana berjaya menghalang dua daripadanya,” kata Oblak, yang menyelamatkan sepakan Alexis Sanchez dan Davy Klaassen.

“Bukan mudah untuk menghalang sepakan penalti, ada masa ia kelihatan mudah dari luar, tetapi sebenarnya tidak.

Sebelum perlawanan, kedua-dua pasukan tampil dengan prestasi berbeza apabila Inter bangkit memenangi 13 perlawanan sejak awal 2024 manakala Atletico hanya menang sekali daripada lima perlawanan terakhir.

Kekecewaan ini memaksa Inter yang dibimbing Simone Inzaghi menumpukan kepada usaha memenangi gelaran Serie A untuk kali ke-20 manakala Atletico menanti undian suku akhir UCL yang akan diadakan di Nyon, esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini