comscore
Tumpuan :
Sukan

Onana simpulkan kegagalan ‘baca’ perlawanan sebab United tewas

MANCHESTER: Ketangkasan penjaga gol Manchester United,  Andre Onana menghalang deretan percubaan Manchester City belum memadai buat pasukannya tewas 0-3 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford semalam.

Bagi penjaga gol Cameroon itu, selain sepakan penalti pada babak pertama, pasukannya gagal membaca keseluruhan permainan menyebabkan City muncul pemenang pada Manchester derby itu.

 

“Ini bukanlah apa yang kami mahu, kami menentang lawan yang bagus malangnya kami gagal membaca perlawanan,” kata Onana.

United ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama menerusi sekan penalti Erling Haaland pada minit ke-26 sebelum penyerang Norway itu menjadikan kedudukan 2-0 pada awal babak pertama.

Kegagalan benteng United bertindak pantas memudahkan City meledak gol ketiga menerusi Phil Foden sepuluh minit sebelum perlawanan tamat hasil umpanan Haaland.

“Kami sentiasa mencuba untuk bersedia pada setiap perlawanan, tetapi ada ketika sesuatu berlaku, seperti sepakan penalti, saya bukan yang menentukan sepakan itu, segalanya diputuskan pengadil, kata Onana yang berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya tujuh percubaan bahaya City.

Selepas sepuluh perlawanan, ini kekalahan kelima United yang menyaksikan mereka turun ke kedudukan ke-8 manakala City di tangga ke-3 cuma dua mata di belakang pendahulu liga Tottenham Hotspur.

United akan meneruskan aksi menentang Newcastle United pada saingan Piala Carabao di Old Trafford, rabu ini.

-AGENSI-

Loading...
Terkini