comscore
Tumpuan :
Sukan

Orozco import terakhir Selangor

FOTO: Twitter @selangorfc

SHAH ALAM: Pemain tengah dari Venezuela, Yohandry José Orozco Cujía atau lebih dikenali dengan Orozco diumum sebagai pemain import terakhir Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023, bermula 24 Februari ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, berkata pemain berusia 31 tahun itu dilihat mempunyai kelebihan yang dapat membantu menstabilkan pasukan pada musim ini.

“Pasukan sekarang dilihat memerlukan seorang jeneral pasukan. Saya berharap Orozco dapat memberikan corak permainan yang baik dan dapat menstabilkan di bahagian serangan pasukan.

“Kelebihan Orozco adalah beliau seorang yang memiliki kawalan bola yang sangat baik dan dalam masa yang sama mampu membantu rakan pasukannya untuk dapatkan jaringan gol.

“Beliau juga mampu menyempurnakan ‘set pieces’ dengan baik, saya harap kelebihannya akan terlihat di padang nanti,” katanya.

Cheng Hoe berkata demikian, menerusi kenyataan, dalam portal rasmi Selangor FC hari ini.

Orozco adalah rekrut ketujuh dan terakhir yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Ayron Del Valle, Ahmad Khuzaimi Piee, V Ruventhiran, Mohamad Faisal Abdul Halim, Noor Al-Rawabdeb dan Rauf Salifu. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini