comscore
Tumpuan :
Sukan

Negeri Sembilan FC pertaruh tiga pemain import hadapi Liga Malaysia 2023

Foto ihsan FB NSFC.

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) mengambil pendekatan berhemah menjelang Liga Malaysia 2023 apabila mempertaruhkan tiga pemain import berbanding lima musim lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Satwant Singh dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.

“Seorang daripada mereka ialah Mark Herold Goulon dan seorang lagi pemain penyerang pasukan kebangsaan Republik Chad iaitu Ezechiel Ndouasel berusia 34 tahun yang sebelum ini beraksi di Liga Indonesia.

“Pemain import ketiga masih dalam perbincangan untuk menyertai pasukan dan dia akan beraksi di posisi tengah,” katanya.

Untuk rekod, NSFC musim lalu menggunakan lima pemain import iaitu Matheus Alves, Kossi Adetu, Herold Goulon, David Gordon Mawutur dan Amid Nazari.

NSFC menamatkan saingan Liga Super 2022 di tangga keempat, mara ke suku akhir Piala Malaysia dan pusingan pertama Piala FA.

K. Devan terus diberi kepercayaan selaku ketua jurulatih NSFC bagi musim 2023.

Loading...
Terkini