comscore
Tumpuan :
Sukan

Oscar dilantik sebagai Pengarah Teknikal NFDP

Ketua Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Australia, Oscar Francisco Gonzalez.

KUALA LUMPUR: Ketua Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Australia, Oscar Francisco Gonzalez dilantik Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) baharu berkuat kuasa 21 April lepas.

Majlis Sukan Negara (MSN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemilihan Oscar yang juga diberi tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Oscar yang memegang jawatan selaku Ketua Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Australia dipilih hasil cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menemuduga empat calon disenarai pendek oleh badan induk itu pada 13 Disember 2023,” menurut kenyataan itu.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengetuai panel penemuduga berkenaan yang turut dianggotai timbalannya Datuk S Sivasundaram; Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Abdul Rahman; Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell dan Ketua Unit Sumber FAM, Zukhailah Marzuki.

Oscar yang memegang Diploma Kejurulatihan Profesional Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memiliki pengalaman lebih 20 tahun mengendalikan program pembangunan bola sepak belia elit di New South Wales.

Beliau juga telah berkhidmat di beberapa kelab terkemuka seperti Nantong Zhiyun FC di China; Football New South Wales; Westfield Sports dan A League Central Coast Mariners di Australia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini