comscore
Tumpuan :
Sukan

Pasukan Maghribi sujud syukur menang 3-0 ke atas Sepanyol

FOTO: AFP

QATAR: Pemain bola sepak pasukan Maghribi melakukan sujud syukur selepas mereka berjaya menundukkan Sepanyol 3-0.

Kejayaan cukup manis itu sekaligus melayakkan pasukan itu ke pusingan suku akhir, kali pertama di Piala Dunia.

Bukan itu sahaja, pemain Maghribi yang sememangnya berjiwa besar turut mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti ke atas negara Islam terbabit.

FOTO: AFP

Dengan penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar, ini bukan kali pertama bendera Palestin dikibarkan di pentas dunia itu secara bebas.

Ini kerana tuan rumah Piala Dunia, Qatar tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Israel dan kekal sebagai penyokong perjuangan Palestin untuk berdekad lamanya.

Loading...
Terkini