comscore
Tumpuan :
Sukan

Pendaftaran KLSCM dibuka

FOTO: FB KLSCM

KUALA LUMPUR: Pendaftaran penyertaan bagi acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) bagi edisi ke-15 dibuka secara rasmi hari ini.

Pelancaran pembukaan penyertaan acara itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Acara larian jarak jauh utama Malaysia yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 September dan 1 Oktober itu dianugerahkan ‘Road Race Label’ berprestij oleh badan induk Olahraga Dunia.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai acara larian pertama di Malaysia dan kelima di Asia Tenggara yang menerima pengiktirafan itu.

Tiada lagi kerenah birokrasi anjur pertandingan sukan KLSCM 2023 sudah memperoleh hampir 7,000 peserta melalui pendaftaran utama, yang dibuka pada 18 April dan membabitkan pelari yang mengambil bahagian dalam tujuh edisi sebelum ini.

KLSCM 2023 sudah memperoleh hampir 7,000 peserta melalui pendaftaran utama, yang dibuka pada 18 April dan membabitkan pelari yang mengambil bahagian dalam tujuh edisi sebelum ini.

“Kami gembira menerima anugerah Road Race Label yang akan memberi keyakinan tambahan kepada pelari bahawa mereka mendaftar untuk acara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata Pengarah Projek KLSCM Rainer Biemans.

“Kami juga sentiasa menggalakkan orang ramai berlari untuk kekal cergas serta sihat, dan memberi inspirasi kepada pelari untuk tampil lebih pantas.

“Pelari yang mencatat masa penamat pantas sama ada di KLSCM atau dalam acara lain yang diiktiraf secara rasmi juga boleh menikmati keistimewaan pendaftaran utama.”

Loading...
Terkini