comscore
Tumpuan :
Sukan

Pertemuan Harimau Malaya – Kyrgyzstan kekal di SNBJ

Stadium Nasional Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Selepas penilaian terkini Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM  di Stadium Nasional Bukit Jalil, SNBJ,  bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Hans Isaac dan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon, stadium berkenaan  dikekalkan sebagai venue aksi sulung kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Kyrgyzstan pada 16 Nov ini.

Sesi penilaian itu Khamis lalu, turut disertai Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Pihak PSM menerusi pandangan dan nasihat pihak konsultan teknikal serta kontraktornya mengesahkan bahawa padang berkenaan kini dalam keadaan lebih baik berbanding ketika Pestabola Merdeka bulan lepas,” menurut .Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman

Beliau berkata keputusan untuk bermain di stadium itu turut mengambil kira faktor lain terutamanya memberi kemudahan kepada penyokong Harimau Malaya untuk menghadiri perlawanan.

“Dengan pengesahan terbaru ini, segala persiapan menjelang perlawanan akan terus dipergiatkan untuk memastikan kelancarannya,” katanya.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon sebelum ini turut menyatakan hasrat supaya perlawanan itu berlangsung di Stadium Nasional sebagai kubu skuad kebangsaan.

Kualiti rumput baharu di stadium itu menerima kritikan pada Pestabola Merdeka bulan lepas, yang juga merupakan kejohanan pertama diadakan di situ selepas ditutup sejak Mac bagi kerja naik taraf.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini