comscore
Tumpuan :
Sukan

SNBJ bagus dan bersedia digunakan – FAM

 

 

KUALA LUMPUR: Hasil pemerhatian sejak dua minggu lalu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melihat padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berada dalam keadaan baik mejelang aksi pertama Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan, malam esok.

Menurut beliau,  keadaan rumput SNBJ lebih baik berbanding pada perlawanan Pestabola Merdeka tempoh hari dengan  usaha Perbadanan Stadium Malaysia (PSM)  yang bertungkus lumus memastikan padang berada pada keadaan terbaik sekali gus kemungkinan insiden rumput tercabut tidak akan berulang.

“Kalau saya tengok dua atau seminggu lalu keadaan padang bukanlah ‘A’ tapi lebih baik daripada dulu. Bagus dan bersedia untuk digunakan kelak.“Pada masa sama, tidak akan ada sesi latihan membabitkan kedua-dua pasukan (Malaysia dan Kyrgyzstan) di stadium terbabit.

“Apa yang boleh saya katakan keadaan padang 70 atau 80 peratus keadaan padang lebih baik cuma ada beberapa bahagian dalam usaha menambahbaik,” kata Hamidin.

Pada Kejohanan Pestabola Merdeka 2023 bulan lalu, rumput  yang bernilai jutaan ringgit itu kelihatan tercabut ketika  Malaysia menentang India pada perlawanan pertama sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air terhadap kualiti rumput yang digunakan.

Padang baharu itu menggunakan rumput Zeon Zoysia bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass dianggarkan mencecah kos sehingga RM1.4 juta.

Rumput Zeon Zoysia jenis lasak dengan cuaca hujan dan tahan panas berbanding cow grass yang dilihat  tidak sesuai lagi digunakan untuk bola sepak moden.

Loading...
Terkini