comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA ASIA 2023: Pemain ke-12 semarakkan suasana pertembungan Harimau Malaya – Bahrain

AL RAYYAN: Kurang dua jam lagi sebelum perhitungan penting kumpulan E Piala Asia 2023 membabitkan Malaysia dan Bahrain, penyokong negara sudah mula membanjiri venue perlawanan.

Aksi di Stadium Jassim Bin Hamad dijadual jam 5.30 petang waktu tempatan (10.30 malam Malaysia) itu nampaknya bakal menghimpunkan lebih ramai penyokong daripada perlawanan sulung menentang Jordan lima hari lalu.

Aura warna belang hitam-kuning simbolik pasukan kebangsaan sudah mula kelihatan sejak beberapa jam lagi di sekitar Al Rayyan sebelum mereka memasuki perkarangan stadium yang mampu memuatkan seramai 15 ribu penyokong itu.

Selain rakyat Malaysia yang bermastautin di Qatar, ada penyokong yang baru tiba menerusi penerbangan dari tanah air dan tidak kurang juga berada disini sejak awal edisi ke-18 membuka tirainya 12 Januari lalu.

Barisan bimbingan Kim Pan Gon membawa misi penting dalam aksi kedua hari ini mengutip mata maksimum bagi menghidupkan persaingan melangkah ke pusingan kalah mati.

Loading...
Terkini