comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Asia B-23 : Dua kad merah jejas rentak Indonesia

DOHA: Dua kad merah mengiringi kekalahan 0-2 wakil pertama dari Asia Tenggara, Indonesia yang memulakan aksi pada saingan Piala Asia  Bawah 23 (B-23) Kumpulan ‘A’ menentang Qatar di Stadium Jasim Bin Hamad malam semalam.

Berjaya mengimbangi penguasaan Qatar pada awal permainan, Indonesia terpaksa akur dengan gol penalti lewat babak pertama yang disudahkan Khalid Ali Sabah.

Hasrat Indonesia yang dibimbing jurulatih Korea Selatan  Shin Tae Yong untuk bangkit selepas rehat dikejutkan pula layangan kad merah kepada pemain tengahnya Ivar Jenner hanya selepas seminit permainan bersambung.

Kesempatan ini pantas digunakan tuan rumah untuk menguasai permainan dan hasilnya menyusul gol kedua lapan minit kemudian menerusi sepakan percuma Ahmed Al Rawi.

Ketinggalan dua gol nyata menyukarkan Indonesia meneruskan saingan dan malang terus menimpa mereka apabila satu lagi kad merah dilayangkan pengadil, kali ini kepada Ramadhan Sananta pada lewat babak kedua.

Pada satu lagi perlawanan Kumpulan ‘A’, Australia menentang Jordan berkesudahan 0-0,

Selain Indonesia, turut mewakili Asia Tenggara ialah Malaysia, Vietnam dan Thailand.

Thailand yang berada dalam Kumpulan ‘C’ berdepan Iraq malam ini.

Aksi pertemuan Qatar (jersi merah) yang menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Jasim Bin Hamad di Doha pada saingan Kumpulan ‘A’ Piala Asia B-23. (Foto FB AFC)

Turut berada dalam Kumpulan ‘C’. Arab Saudi dan Tajikistan

Malaysia dan Vietnam yang diundi bersama dalam Kumpulan ‘D’ memulakan saingan esok, Malaysia menentang Uzbekistan manakala Vietnam bertemu Kuwait.

Aksi pertemuan Qatar yang menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Jasim Bin Hamad di Doha pada saingan Kumpulan ‘A’ Piala Asia B-23. (Foto FB AFC)

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini