comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Thomas/Uber 2024 jadi rebutan China dan Indonesia 

Shi Yu Qi, Anthony Sinisuka Ginting (kanan). – FOTO: Ihsan BWF

PETALING JAYA: Selepas kejayaan pasukan wanitanya ke perlawanan akhir Piala Uber, Indonesia meneruskan kecemerlangan itu apabila skuad Piala Thomas turut mara ke aksi final esok.

Pada separuh akhir petang tadi, Indonesia tidak berdepan masalah menewaskan Taiwan 3-0 untuk berdepan tuan rumah China pada aksi final esok.

Indonesia meraih mata pertama menerusi Anthony Sinisuka Ginting yang mengalahkan Chou Tien Chen.

Tien Chen yang mencipta kejutan menundukkan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen ketika membantu Taiwan mengenepikan Denmark 3-1 pada suku akhir semalam, kali ini akur dengan kehebatan Anthony.

Anthony menang set pertama 21-18 sebelum memastikan mata pertama Indonesia menamatkan set kedua 21-19.

Hasrat Taiwan menyamakan kedudukan menerusi pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin nyata tidak kesampaian.

ChenYu Fei, Gregoria Mariska Tunjung (kanan). – FOTO: Ihsan BWF

Sebaliknya gandingan Fajar Alfian – Muhammad Rian Ardianto lebih mantap untuk meraih mata kedua Indonesia dengan kemenangan 16-21,21-19, 21-18.

Indonesia memuktamadkan kemenangan 3-0 menerusi perseorangan kedua Jonatan Christie yang mengalahkan Wang Tzu Wei 21-11 21-16.

Sementara itu, perlawanan akhir Piala Uber esok turut menyaksikan pertemuan Indonesia – China.

Skuad wanita Indonesia mara selepas mengenepikan juara bertahan Korea Selatan 3-2.

Manakala China menundukkan Jepun 3-0 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Loading...
Terkini