comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Uber: Juara bertahan, Korea Selatan berdepan Taiwan di peringkat suku akhir

Perseorangan wanita nombor satu dunia, An Se Young adalah sandaran utama Korea Selatan dalam mempertahankan kejuaraan Piala Uber 2024.

CHENGDU: Selepas mengungguli Kumpulan D, Korea Selatan akan meneruskan kempen mempertahankan Piala Uber apabila bertemu Taiwan selaku naib juara Kumpulan B di peringkat suku akhir kejohanan itu, Jumaat ini.

Ia selepas majlis undian peringkat suku akhir di Chengdu High-Tech Zone Spots Centre di sini hari ini.

Jika menang, juara dua kali itu akan bertemu sama ada johan tiga kali, Indonesia, yang layak ke suku akhir sebagai naib johan Kumpulan C atau juara Kumpulan B, Thailand, dengan perlawanan antara kedua-dua pasukan turut dijadualkan pada Jumaat.

Tuan rumah yang juga juara Kumpulan A, China pula akan menentang naib johan Kumpulan D, Denmark, esok.

China, yang merupakan pasukan paling cemerlang dalam sejarah Piala Uber dengan 15 gelaran, bakal bertemu sama ada juara enam kali atau pemenang Kumpulan C, Jepun atau naib johan Kumpulan A, India.

Pertembungan Jepun-India akan berlangsung esok.

Aksi separuh akhir dijadualkan Sabtu ini manakala final pada Ahad.

– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini