comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Uber: Skuad negara terkandas di peringkat kumpulan

Gandingan beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tewas kepada beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai. – FOTO: BAM

KUALA LUMPUR: Perjuangan skuad negara di Piala Uber 2024 terhenti di peringkat Kumpulan B apabila tunduk 0-5 kepada Thailand, sebentar tadi.

Ia kekalahan kedua yang dialami kem negara selepas tewas 1-4 kepada Taiwan dalam aksi sulung yang berlangsung, semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Chengdu, China itu, pemain perseorangan pertama negara, K Letshanaa tewas 17-21, 6-21 kepada pemain ranking 16 dunia, Supanida Katethong dalam tempoh 31 minit.

Gandingan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing berusaha untuk menyamakan kedudukan, namun terpaksa akur tunduk 10-21, 14-21 kepada Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.

Pasangan beregu negara, Chan Wen Tse-Tan Zhing Yi juga mengalami nasib sama apabila tewas kepada gandingan Laksika Kanlaha-Phataimas Muenwong 12-21, 8-21.

Sementara itu, Siti Nurshuhaini Azman yang turun beraksi buat kali pertama sebagai perseorangan ketiga pada Piala Uber kali ini tewas mudah 5-21, 8-21 kepada pemain nombor 20 dunia, Busanan Ongbamrungphan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini