comscore
Tumpuan :
Sukan

Rundingan Damai MASTAF, PSM Sekali Lagi Buntu

BANGI: Perjumpaan ’empat mata’ antara Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang sepatutnya berlangsung minggu lalu, sekali lagi menemui jalan buntu.

Ia susulan wakil PSM tidak hadir sekali gus memaksa perbincangan ke arah mencari titik penyelesaian kemelut antara dua badan sepak takraw itu terpaksa dibatalkan pada Khamis lalu.

“Mesyuarat itu sebenarnya dibatalkan kerana PSM tak hadir,” kata Presiden MASTAF, Datuk Suhaili Abdul Rahman dalam satu sidang media hari ini. “Saya pada ketika itu, diwakili timbalan presiden dan juga setiausaha agung. Namun PSM membatalkannya di saat akhir dan (diberitahu) tak boleh hadir kerana sibuk.”

Minggu lalu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyatakan kedua-dua badan itu akan duduk semeja bagi mencari kata putus berhubung kemelut melanda sejak sekian lama.

Norza berkata, pihaknya sudah dimaklumkan oleh wakil daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk ketetapan kedua belah pihak bermesyuarat pada minggu ini.

Sebelum ini, presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan menyatakan kesediaan untuk melakukan ‘rundingan damai’ namun bersyarat dengan MASTAF bagi meleraikan kemelut antara dua badan induk berkenaan.

Begitupun, Suhaili ketika mengulas perkara itu berkata: “Saya dah berbincang dengan Presiden PSM dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang cuba mencari jalan keluar dariapda kemelut sepak takraw ini.

“Akan tetapi PSM banyak dolak dalik. Jadi keputusan kita, boleh diterima tetapi dengan terma dan syarat kami bukan dengan terma ataupun syarat kamu.”

Dalam pada itu, Suhaili turut memaklumkan MASTAF berjaya membuktikan keupayaan sebgai entiti yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan aspek pengurusan teknikal untuk Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022.

“MASTAF menyambut kepercayaan daripada MSN sebagai satu cabaran kebaikan,” kata Suhaili. “MASTAF juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ASTAF dan ISTAF sentiasa memelihara imej dan maruah kerabat negara anqgotanya.

“ASTAF dan ISTAF juga sentiasa berusaha membantu memastikan penganjuran kejohanan di negara anggota bertaraf dunia sesuai dengan standard dua badan berkenaan sebagai badan induk sepak takraw dunia.” – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini